Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) PDF Print E-mail
Written by Depp   
Monday, 11 May 2009

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui:

  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
  

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM PENDIDIKAN KHAS

  • SEMUA murid  berkeperluan khas
  • Guru terlatih khas Pendidikan khas
  • Pelbagai khidmat sokongan.
  

MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Golongan murid yang dikenalpasti dan disahkan oleh Pengamal Perubatan  sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.

Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan berikut:

  • Kognitif
  • Tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
  • Penguasaan bahasa lisan / pertuturan
  • Penguasaan membaca
  • Kemahiran perkembangan (development skills)
  • Kemahiran matematik
  

CIRI-CIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

  • Guru terlatih khas
  • Pendekatan pelbagai disiplin
  • Rancangan pendidikan individu
  • Kurikulum khas
  • Objektif pengajaran yang nyata, bermakna dan berjangka pendek
  • Penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Penilaian berterusan, penyimpanan rekod dan RPI
  • Kaedah pengajaran khas
  • Bimbingan dan kaunseling ibu bapa dan murid
  

PENDIDIKAN INKLUSIF

Program penempatan murid Pendidikan Khas yang telah menguasai sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran (akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti suasana pembelajaran normal. Dijalankan dalam dua bentuk iaitu Separa Inklusif dan Inklusif Sepenuh Masa.

 

 Separa Inklusif
  • Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja
  • Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas
  • Senarai nama murid pada daftar program Pendidikan Khas
  • Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping
  • Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa
 Inklusif Sepenuh Masa
  • Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa

Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru Pendidikan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku

Pelajar pendidikan khas yang layak dari segi pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dsb.

 

Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan samada seseorang murid itu layak atau sebaliknya

 

 

Last Updated ( Tuesday, 19 May 2009 )
 
< Prev

Tarikh Penting

 5 November 2009 - Penyerahan markah peperiksaan kepada guru kelas

9 November 2009 - Kutipan Data( Headcount & Analisa Peperiksaan)

11 November 2009 - Penyerahan Buku LAB dan PLBS BM & BI

12 November 2009 - Penyerahah Analisa Peperiksaan dan Head count kepada SU peperiksaan

18 Novembber 2009 - Laporan untuk mesyuarat Guru

19 November 2009 - Perjumpaan dengan Ibubapa

20 November 2009 - Pembahagian Kelas Tahun 2010

Tahniah

 Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd.Kariman dan Ustaz Ismail Zaki yang akan menerima Ijazah Sarjana Muda pada Hari Konveksyen UMS yang akan bermula pada 5  - 9 Oktober. 2009.

Hari Kebangsaan dan Raya Peringkat sekolah

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah akan diadakan pada 6 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Selasa.Majlis ini akan diadakan di ssekolah bermula jam 7.30 pagi. Antara acara yang akan diadakan ialah persembahan dikir barat dan penyampaian hadiah sempena bulan kemerdekaan  Malaysia.

Anugerah Pencapaian Cemerlang 2009

Penyampaian anugerah  cemerlang  daerah Kota Kinabaluakan diadakan pada 08 Oktober 2009(Khamis) dan  akan diadakan di Dewan MUIS.Tahiah diucapkan kepada guru-guru SKBP yang akan menerima anugerah tersebut.Diharapkan dengan penganugerahan tersebut dapat meningkatkan lagi prestasi guru-guru berkenaan.Segala perubahan jadual tarikh dan tempat akan diumumkan.Guru-guru yang berjaya mendapat anugerah semerlang untuk tahun ini ialah Cikgu Ismail Abdullah, Cikgu Nurillah, Pn.Hasunah Md.Ali, Pn.Normazlina, Cik Ruzana , Cik Alice Ng Shok Teng, Warga sekolah mengucakan syabas dan tahniah kepada guru-guru berkenaan.

PEPERIKSAAN SEMESTER KE 2 2009

Peperiksaan semester ke 2 akan dijalankan pada 27- 30 Oktober 2009.Tarikh menghantar soalan untuk dicetak ialah pada minggu ini.

Pautan EDU

Pendidikan Khas

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Artikel terkini

Menu Pengguna